Wednesday 25 December 2013

My Cute L

Hiyaa...I'm gonna share a story about L.. okay.. Kalau nak ikut tajuk tuu kan mesti hampa kata "eleh...nak cerita pasal L aka MyungSoo laa tuu. Tau sangat." Sorry yaa.. This time it's not about L. It's about my buddy, Lyana.

Her name is Lyana Syafiqah but I call her Yana not L. L is Myung Soo. Okay. Back to our topic.Kalau nak buat ayat ikut karangan macam nie. She is a nice person. I know her since I was 14 and she'd become my classmate. Tapi dalam story aku pulak mcm ni.

She's really a nice person but sometimes she can be as fierce as a tiger memandangkan kt malaysia ni tak ada singa. Tapi bila dia jentik better laqi..sakit woo. Tapi dia baik la..Biasa arr kekadang melawak sesama kawan. Biasa arr kalau melawak kasaq tu. Macam dah terbiasa.

Lyana ni kadang-kadang lawak kadang-kadang serious. Dia seorang yang memahami laa. A friend that will always be with you no matter you are in a hard situation pown dia still ada di sisi. Bukan ak nak kata kawan-kawan lain tak macam tu tapi ni kan a story about L. Mesti laa pasai dia jaa kan.

Haqi tu we had conversation. lebih kuqang macam ni la.. not exactly the same laa...
Lyana : Hg nk pi study mana?
Aku : aku teqingin nak pi study German.(mulanya laa..)
Then kami bincang why not kami pi study sekali dalam jurusan yang sama. Mulalah perbincangan kami about uni, courses and so on la kan. Mulalah berangan-angan. InsyaAllah. Pray for us untuk capai cita-cita kami.

Baqu-baqu ni, we had another conversation.
Aku : Apa kata jom study kat UK.
Lyana : Laa...haqi tu kata German.

And aku explain kat dia bermacam macam benda. Kami pun setuju. Tapi syarat dia study mau mantap arr. Macam mana nak study abroad kalau tak mantap. Dalam banyak2 kawan aku dengan Lyana jaa aku qasa yang aku bincang pasai study seserious ni. Kan lyana kan??

Laa nie cuti so I miss you so much Lyana. Walaupun aku ni a little bit annoying tapi comey hang sabaq ja kan dengan aku. That's why I love you.. hehe.. miss you Lyana. Tak sabaq nak tunggu bukak sekolah.

Thursday 14 November 2013

Fever

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO..


I have a fever today. Nampak tak Luhan kat atas tu? Dia suruh kite makan ubat tapi kite tak nak. Dia macam nak marah tapi dia tak sampai hati. Baikkan dia??

Sila gelak.. Taulah aku perasan pun. Tak ada maknanya Luhan nak suruh aku makan ubat, kenai aku pun tak. Apa salahnya sekali sekala perasa dengan Luhan pulak. Kalau tidak dengan Myung Soo jaa. Tak taulah apa reaksi dia kalau dia boleh paham apa aku tulis kat atas tu. Mesti dia cakap :
     "Ala..cutenya budak ni." (setelah ditranslate ke dalam bahasa melayu)

Aku tau aku tengah perah santan pagi-pagi nie. Tolonglah jangan gelak. Semua orang deserve untuk mempunyai perasaan perasan. Betul? Semua orang ada perasaan perasan. Memandangkan Luhan nie comel. Hehehe..


D.O is looking at me. Hehe. Perasan. Okay aku tau. Sebenarnya aku nak cerita aku aku demam hari ni. Tak la demam teruk sangat. Just selsema, sakit kepala dan tak larat ja. Tapi badan aku panas sikit la. But not only me yang demam. Adik aku yang bongsu pun demam jugak. So kami berdua dapat cuti sendiri-sendiri tanpa MC. Kat Kedah hari ni hari last persekolahan untuk tahun 2013.

Petang nie aku ada jamuan kelas. Oh my. Banyaknya benda nak kena buat. Mau tak mau kena pi jugak la. Duit aku woih. Kalau tak melayang macam tu ja. Rugi-rugi. 


MyungSoo says, "You have to go."
D.O says, "Pergi la. Boleh makan free walaupun hakikatnya tak."
Luhan says, "Nak I temankan?"

P/s : hanya joke semata-mata. Don't take it serious. Please.. And aku tak minat Exo. Just Luhan and D.O. Tapi Infinite yaaa....



Sunday 3 November 2013

2 More Subject

Asssalamualaikum..
Hi and hello..

Two more subject for what?
Whahaha.. Exam lerhh.. Aku still ada dua subject lagi and walah.. exam dah habis. Then cuti. Lepas cuti baqulah aku jadi manusia era SPM. Kan. True apa. Tahun depan kan aku dah nak SPM. So tak boleh ar nak main-main macam tahun nie lagi. Erm.. main-main kah? Tak dak la main-main sangat. Kiqa not bad la. Aku just terlebih active in kokurikulum jaa tahun nie. Alaa..tahun depan dah nak SPM dah. Time form 4 nie laa nak cipta berjuta kenangan manis pahit masin and tasteless pown kat sekolah. Time form 5 just kena study, tusyen and date dengan buku.

Sejarah paper 3 dengan Add Math jaa tak habis lagi. By the way, sejarah paper 3 senang kaa susah? ada yang kata susah, ada yang kata senang. Fatwa mana aku nak pakai? Yang senang tu maybe sebab dia bagi tajuk kowt. Susah tu entah lerr.. Tapi tiga jam woo. Agak cukup dak masa haa. Lama tuu.. Exam sejarah hari rabu first sekali nthen aku free sebab lepas tu ada perdagangan tak silap aku. Aku mana ambik perdangangan. Cukup laa dgn subject sains tiga serangkai tuu (biofizikkimia).

And for Add Math yang kononnya killer tapi boleh tahan tuu kiqa okayla. Time aku lower form qamai senior kata

"Ya Allah, susah gilaaa weyh Add Math. Boleh pecah kepala."

"Gila susah weyh. Sampai tak boleh nak tafsirkan."

Aku pun bila dengaq macam takut jugak laa dengan Add Math nie. Tapi bila dah belajaq macam okay ja. Tak dak laa sampai pecah kepala ka, kepala meletup ka apa ka. Kiqa kalau kita paham benda tuu akan jadi senang ja. Tapi kalau tak paham memang susah laa nk paham sendiri tanpa oqang terangkan. Lagipun ada fomular kan.. At least tak dak laa membebankan sangat, Right??


Saturday 21 September 2013

I Wanna Be....

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO


Hari ni punya entry. Just wanna post about me. About what I wanna be. Kinda boring but I hope this entry will become a passion to me to achieve what I want.. InsyaAllah. Someday maybe.

Nak memang nak tapi usaha tu dak. Nak jadi apa macam tu. Sometimes aku sendiri tak faham dengan diri aku. How I wanna get what I want kalau asyik nak jaa tapi usaha tak. Semangat nak study tu memang ada. Kadang-kadang tu berkobar-kobar. Tapi once dah pegang buku macam bosan laa pulak. I'm not creative sangat nak pelbagaikan cara nak study and I don't know how to study betul-betul.

Tapi semalam qasa macam wanna forget all other things yang tak berapa nak important sangat. SMRAMM dah tak berapa hari lagi tapi aku menghafai pun dak. Nak jadi apa. Bila tanya nak apa, of course la nak Mumtaz tapi usahanya tak. Apa nak jadi? beruang ka oqang? Suka bertangguh tu memang selalu. Nak avoid benda tu macam susah tapi I have to la. Sampai bila aku nak duduk ja kat anak tangga paling bawah semetara everyone dah nak sampai atas dah pun.

Sampai bila aku nak duduk terperuk tak dapat apa-apa benefit pun. Sampai ke tua? Buang masa ja aku pi sekolah kalau aku malas nak belajar. Ilmu is important for everyone. Bumi Allah ni luas kaya dengan ilmu. Menuntut ilmu pun satu ibadah. Kenapa still malas lagi.

Cuba fikir balik. Think deeply. Sampai bila aku nak fail in every subject that i hate and i like? Till when? Bila agaknya aku nak dapat flying colors dalam every subject no matter i like or i hate? Bila? Bila? Sanggup aku kecewakan parents aku? Sanggup? Dah tentu-tentunya tak sanggup.

So start dari hari ni aku kena usaha. Usaha semampu mungkin untill I get what I want. My ambition is to be an architect. A famous muslim architect. InsyaAllah. Buku dalam rak tu bukan untuk pameran tapi untuk tatapan minda. Semua tu Ilmu. Ilmu yang membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kita ni hanya manusia yang menumpang ja kat bumi Allah ni. Hanya satu persinggahan menuju ke alam yang kekal selamanya.

Kalau tanya semua orang nak masuk syurga. Tak kira la if he's a criminal sekalipun. Impian untuk menjadi orang yang baik, beriman mesti ada walaupun hanya sekelumit tapi tak ada usaha untuk ke arah tu. Tak kuat nak mengalahkan tipu daya dan hasutan syaitan and tak pernah pun nak berusaha nak jadi kuat melawan syaitan tu.

Kita ada Allah. Ada Rasulullah and parents kita yang sentiasa sayang kepada kita. Kenapa kita harus lupakan semua tu. So don't. Jangan kecewakan Nabi Muhammad S.A.W dan jangan kecewakan parents. Usaha dan tawakkal. Itu yang perlu. I think it's not to late for me untuk setkan azam yang baru even la ni dah bulan sembilan.

Pray the best for me. Doakan semoga aku dapat mumtaz dalam SMRAMM. Aku bukannya terer sangat tapi aku akan usaha.


Nota kaki : SMRAMM - Sijil Menegah Rendah Agama Maktab Mahmud (untuk form 4 je)
                  Mumtaz - cemerlang.

Thursday 19 September 2013

Yesterday and today..

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO



Abaikan gambar yang diatas. Tak perlu tau pun kenapa tuan blog rasa hiba sangat-sangat malam nie. Semua tu atas dasar kepenatan. Erkk?? what kind of alasan is that. Whatever. Just nak cerita jaa.. Tadi kat sekolah penah giler. Coz skolah aku merangkap Maktab Mahmud Alor Setar buat hari kokurikulum. AKu pulak terpaksa dan sangat rela mengambil bahagian dalam sesi jual beli. Aku and da geng bukak gerai Kelab Fotografi dan Visual. Kami jual bandung CINCAU, susu CINCAU dan jagung CINCAU. Kenapa cincau?? entah..terpengaruh dengan........................adalah..

Best jugak laa walaupun letih tapi happy jugak sebab................and ada adegan sedih jugak. Nak buat macam mna. Lumrah manusia. Tapi tadi dapat naik kuda. Best ooo... Gerai kami paling riuh qasanya. Tapi biaq ar baqu meriah. CINCAU kami sedap woo. Ingat kami tak qeti buat ayaq ka.

Mula-mula ingat nak buat SOYA CINCAU tapi atas sebab-sebab yang malas nak bagitau kami pun tak buat. Ganti dengan susu CINCAU. tapi apa-apa pun sedap ow.. Cuma penat tu tak hilang lagi. And lepas tu ada bengkel SMRAMM pulak. Letih kowt tapi terpaksa aku relakan jugak.

Before or After?

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Aku still tak faham-faham why people suka judge orang lain sesuka hati. Dah tu suka hatinya depa menilai orang berdasarkan siapa mereka dahulu, bukannya siapa mereka sekarang. Kesiankan...

Haha..macam lawak laa pulak but it's not a joke. Not at all. Tak kiqa la semalaun mana pun seseorang tu tapi kalau dia dah bertaubat. Hampa nak kata pa? Nak taqik balik kata-kata tu? sorry bro.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh u-turn, terlajak kata, maap la yerr..

Mood malam lain sebenaqnya. More on membawa hati yang lara dan penuh dengan duka. Tak sangka hati nak luka. Tak spare ubat siap-siap kalau tidak. nak buat macam mana. Sapa suquh memandai pi qosek. Last-last diri sendiri yang down...down...down...

Okay..dah habis melalut. Back to our topic. Contoh, kalau dia bukan islam kita tak boleh sesuka hati slamber derk tok angkat sebelah kakak ipaq punya mak jaa nak kutuk, maki dan sekutu dgnnya. Katalah suatu hari nanti dia masuk islam macam mana?

And, bekas budak juvana. contohnya... Kalau oqang dengaq mesti macam err...biaq benaq. Tapi kalau dia dah berubah apa salahnya. One more thing, kalau masa silap dia tak elok jangan laa nak diungkit. Bukannya dia mintak semua tu nak jadi. Mungkin time tu tak boleh nak pikiaq waras lagi. And benda dh nak jadi kowt. Ujian untuk dia. 

I'm sorry but I love you,
I'm sorry if I miss you

Thursday 25 July 2013

Nuzul Quran

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Tamau type banyak sbb mengantuk dah tapi aku nak jugak share tajuk ni. Tambahan bulan-bulan puasa macam ni.

Semua tau kan Nuzul Quran tu apa. Nuzul Quran tu adalah penurunan Al-Quran. Ia berlaku pada tahun 610M pada hari Jumaat. Al-Quran ni kalau kita baca mesti tenang. Tambahan bulan Ramadhan ni banyakkan tadarus. Pahala berganda-ganda.

Seperti yang semua orng tau dalam Ramadhan jugak ada malam Lailatul Qadar. Malam lailatul qadaq ni lebih baik daripada seribu bulan. Besamaan dengan 85 tahun tak silap aku. Kalau aku silap tolong cakap eh. Bayangkan pahala selama seribu bulan. 

Sebab tu kita kena usaha. Buat yang sunat sama dengan pahala wajib apatah lagi buat yang wajib. Lagi satu janganlah time Ramadhan qajin ibadat. Bulan lain pun kena rajin sama. Baru Allah sayang.

Sunday 16 June 2013

National Camp Civil Defence Cadet

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Banyak yang tertanya-tanya kemana aku menghilang dalam masa seminggu ni. Haha..lawak lawak.
Aku tak meghilang pun. I went to Penang. Buat apa? Aku terpilih untuk wakil Civil Defence Cadet negeri Kedah to the National Camp yang dibuat di Bukit Mertajam, Penang. 

Don't ask me best or not because the answer is YES. Best giler kowt. Apart from dapat berbakti untuk negeri, dapat jugak kawan baqu dari serata pelusuk negeri. Sabah dengan Sarawak pun ada. Best sembang dengan depa. Peramah pun ya. Dengaq depa cakap Sabah dengan Sarawak tu best sangat. Seminggu duduk sana macam-macam benda aku belajaq. Dapat belajaq berdikari, and macam-macam lagi.

Kedah join empat pertandingan tak silap aku. Ada medic aka pertolongan cemas atau perawatan awal, menyelamat, melawan kebakaran dengan kawad kaki. Aku masuk under medic. Semua geng kedah ada 72 orang lelaki dan perempuan. Tidoq dalam khemah. Best kowt walaupun kadang-kadang tak berapa nak selesa. 

Malam ke berapa aku tak ingat, hujan lebat then khemah kami masuk ayaq. Apa lagi lari pi dewan la. Nasib baik dekat dengan dewan. Habis basah semua benda. Tapi tak pa esok tu dah kering and everything back to normal again. Budak sekolah aku ada 5 orang termasuk aku. 3 perempuan 2 lelaki. Yang lelaki masuk kawad aku and kami bertiga medic. 

Medic best. Dapat belajaq macam mana nak rawat orang. Sekarang ni aku dah tau macam mana nak balut kepala, tangan, kaki. Apa yang perlu dibuat kalai patah tangan and kaki and yang penting aku tau dah macam mana nak pasang cervical collar. Dulu bila tengok orang pakai benda tu mesti tertanya-tanya macam mana depa pakai benda tu. Sekarang ni aku dah tau. Senang ja nak pakaikan kepada mangsa kalau teknik dia betul tapi kalau teknik pasang salah habis ar. Berkaitan dengan nyawa kowt.

Ini adalah cervical collar
Overall walaupun kadang-kadang rasa macam kena dera kat sana tapi best la. Tahun depan aku dah tak boleh join sebab aku form five. Kena tumpukan sepenuhnya untuk SPM. Lagipun Kedah tak benarkan form 3 and form 5 join. Takut ganggu pelajaran...

Monday 3 June 2013

Happy Birthday To My Little Sis


Happy birthday to you..
Happy birthday to my cute little sister..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
Tak dak hadiah laa.. tengoklah nanti kalau masa..

I Love You by Najwa Latif

Sweet kan??

I bet semua orang ada prince chraming aka Mr.Right yang tersendiri kan?
Choopp!! gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata. Harap maklum.

Okhay... hayati jer lirik lagu I Love You ni eh..

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu
I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you
Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu
I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you
# yang tu ja nak share pun. Best lagunya.. No hide meaning..

Saturday 1 June 2013

Don't ask me..

ASSALAMUALAIKUM..
HI AND HELLO..

Firstly, blog aku bila tengok dah macam Kpopers tegar dah tiba-tiba jaa naik lagu Atas Nama Cinta. So what.. ikut suka hati aku lah nak pakai lagu apa pun. Ingat Kpopers tak boleh letak nasyid dalam blog sendiri kah? Kiranya blog aku ni dah secukup rasa tau tak. Ada nasyid, ada korea..

Don't ask me bila aku dekat pusat bowling tapi duduk saja and only my friend ja yang main. It is because aku tak pandai main bowling. Dah.. jangan nak banyak tanya. Aku tak pandai bowl. Setakat pegang bola tu bolehlah tapi kalau nak main jangan tanya. Aku tak pernah try. Okhay...

And don't ask me when i'm angry. For me aku ni jenis yg cepat marah tapi cepat sejuk. Senang cakap kalau dekat sekolah aku tak pandai merajuk. Yang tu kawan aku cakap but it's reality. Memang pun. Kalau gaya nak marah jaa tak sampai 20 saat mesti dah senyum. So what.. aku happy for who i am. It's okay kalau aku susah nak marah tapi just remember this kalau sekali aku marah, singa betina dekat Africa pun kecut perut tau. Dah..jangan tanya macam mana aku marah because you'll regret kalau tau.

Don't ask me whether i'm single or double because the answer is i'm SINGLE. Aku tak suka double or couple. Rimas. Let by gone be bygone. Aku dah menyesal dah pun dengan perbuatan aku yang dulu tu. Dah..dah.. tak mau ingat balik. Dosa lama jangan dikenang. Couple tu HARAM tau... Tapi yang haram tu laa manusia suka buat. Tak faham sungguh aku..

And...jangan tanya kenapa aku tak berapa nak betul hari ni dengan entry yang mengarut ni. Okhay. Aku bosan ditambah dengan tak faham plus whatever. Semalam tidur lewat. Eksyen pegang buku Bio tapi last-last terlentok atas katil. Haha. That's the real me. I think.

Dah...dah....jangan tanya..


# talk to my finger...


Friday 31 May 2013

Benci Lelaki?

ASSALAMUALAIKUM

Before that...see this...


What is mean by hate?
It's benci. Yes. Bila kita benci kita akan rasa annoying sangat-sangat kat dia. Why? Itulah satu perasaan yang dinamakan benci. 

Entry kali ni bukan nak cakap dengan lebih terperinci about benci tapi ada kaitan la dengan benci tu sendiri. Setiap orang ada perasaan tu. Nowadays, seringkali aku dengar ayat:-

"I hate men."
"Aku benci semua lelaki."
"Lelaki tak guna. I hate all of 'em."

Setakat ni yang tu ja lah yang aku dengar. Setelah aku buat research yang tak berapa yang search 90.73% daripada perempuan yang berkata begitu adalah kerana depa tu putus cinta. Heart broken. That's why lepas clash jaa mula lah nak keluaq ayat yang tak berapa keramat tu.

Kepada yang pernah kata begitu pernah tak hampa terfikir yang kata-kata hampa tu sangatlah childish atau kata lainnya kebudak-budakkan atau kalau pakai bahasa aku GEDIK.Hampa perasan dak yang your father pun a men and your grand dad pun a men and your pak long, pak cik, pak su pun lelaki. Dan the most important is Rasulullah pun seorang lelaki. Lupa eh semua tu?

"Aku benci semua lelaki". Apakah? Terserlah kebangangan di situ. Habis tu benci lelaki nak kawin dengan sapa. Perempuan tak pun pondan. Huh... ker nak meng'andartu'. Bila hampa cakap benci semua lelaki serupa laa jugak hampa benci bapak hampa, tok wan hampa, pak long hampa semua tu. Takkan sanggup nak cakap benci Rasulullah kut. Melampau sangat dah tuu..

Jangan sebab nila setitik habis susu sekawah. Bukannya nak membela ka apa tapi aku menyampah ar bila dengaq ayat tu. Seriously, before you talk use your brain instead of your knee. Ada faham. Kalau tak faham, fahamkan jugak. Understand?? Good girl.. Hurmm..banyak pulak aku type kali ni. Whatever..

#siapa makan bom dia yang meletup... think of it, okhay...

Sunday 26 May 2013

Demam aka Fever


Assalamualaikum.....

Hola..hello..
Whatzzup? Hampa sihat??
Aku? Aku tak sihat ar. Nak kata demam tak ar lagi cuma on the way nak demam la kowt. Problemonya laa ni esok aku ada lawatan ke CAMERON HIGHLAND. Tak tau nak buat macam mana dah. Ubat dah makan just tunggu demam kebah ar. Sekarang ni rasa sakit kepala, berat kepala, sakit-sakit badan dan letih. Nak tidoq tapi nanti lagi letih.

Aku ada laa search blog-blog lain cara-cara untuk menghilangkan demam. InsyaAllah aku akan try and aku ada terjumpa satu ni. Rasulullah bersabda bahawa demam tu berpunca daripada bahang api neraka. Dan hendaklah sejukkannya dengan air. InsyaAllah aku akan cuba.

Jika demam ni dapat menggugurkan dosa-dosa aku yang lampau aku reda. Nobody's perfect dan semua manusia ada dosa. Sakit tu dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Aku ada terbaca satu article ni yg tertulis sewaktu kita sakit Allah utuskan empat malaikat kepada kita iaitu malaikat untuk menambil selera makan, malaikat untuk mengambil rezeki, malaikat untuk mengambil kecantikan wajah dan malaikat untuk mengambil dosa.

Dan apabila seseorang tu dah sihat Allah mengutuskan malaikat untuk mengembalikan selera makannya, kecantikan wajahnya dan rezekinya tapi Allah tidak menyuruh malaikat yang mengambil dosa hambanya itu untuk mengembalikan dosa itu kembali. Allah tu kan Maha Pemurah dan Penyayang. Dan setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa. Punyalah Allah sayang terhadap hambanya sampai Allah tak kembalikan balik dosa kita.

Sebab tu bila kita sakit kita jangan merungut. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah bagi kita sakit sebab Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia. Time kita sihat ada kita ingat Dia? padahal dia yang ciptakan kita. Dia yang bagi rezeki kat kita dan dia yang berikan kesihatan kepada kita. Tapi kita lupa kat Dia sebab tu Dia bagi kita sakit sebab Dia nak kita ingat Dia.

Kita sebagai manusia kena sentiasa bermuhasabah diri. Sebab kita hanya manusia biasa yang sentiasa lupa. Akupun manusia yang sentiasa buat silap tapi kita kenalah saling ingat mengingati sesama manusia sebagai mana tercatat dalam surah Al-Asr. InsyaAllah sama-samalah kita bermuhasabah...

p/s: apa?? ingat K-poperz x boleh bagi tazkirah ekk..

Sunday 5 May 2013

Blogging #2

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Anyeonghaseyo..

Buurrrfffff....
Wahahaha.. Tak tau nak update apa sebenaqnya. Almklumlah. Malam nie kan 'panas'. Oqang semua pakat kecut pequt dok tunggu keputusan PRU macam nak tunggu keputusan SPM jaa pown. Haha. Besa laa. Nak menentukan kerajaan. Penting kowt.

Aku sebagai rakyat Malaysia pun ambik tau jugak laa sikit-sikit. Aku sedaq diri yang aku nie underage tak macam sesetengah tu tak berapa nak sedaq underage tapi over macam dia yang pi mengundi. Kutuk sana...kutuk sini.. Aku tak mau laa berpihak kat sapa an tapi aku tengok hat dok bermaki-makian ni sesama islam.

Hampa sedaq dak yang hampa tu bersaudara. Hanya sebab nie jaa nak gaduh. Kowt ya tak bersefahaman pown kan jangan laa sampai maki-maki. Huduss giloss perangai aku nengoknya. Yang underage tuu jangan laa semangat sangat. Tengok aku biasa-biasa jaa.

Yang geng student semua dok ragu-ragu sama ada esok sekolah atau tak tapi yang pastinya esok iaitu 6/5/2013, Maktab Mahmud Alor Setar cuti. Harap maklum. Nak tau sebab apa? Sebabnya sekolah kami jadi tempat kira undi so kami cuti. Jangan jeleshh tau..Haha.. Macam menggedik jaa aku malam nie.. Hishh...

Jap ehh...tengok nie..


L.. comey kan nie. Diakan group Infinite. Hoya pun boleh tahan kan. Apa yang aku dah melalut tak tentu pasai nie. Hurmm.. Boring sebenaqnya nie. Exam just around the corner. Better study...

Kepada semua jangan laa gaduh-gaduh. Yang underage tuu pulak jangan melebih bukannya hampa pi mengundi pun.

Thursday 11 April 2013

It's B-O-R-I-N-G

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..

Apa khabar anda di sana?
Baik.. bagos..
Sebenor-benornya aku telah dilanda keboringan. Hampa tau dak benda apa tu? Meh aku nak habaq.

Boring tu dalam Malay maksud dia bosan. Takkan hampa tak pernah lalui kowt. Bohong sangat ar tu. Bosan tu bila kita tak tau nak buat apa. Kita bosan..tau bosan. Kalau tak tau gak pi belek kamus arh.. Boring ar nak terang. Haha..

Nampak sangat macam aku dok menggila an. Tadi dok menggila dalam facebook. Mana taknya. Mula-mula semangat nak buat add math tapi bila dah tak faham satu soalan dah jadi boring. Tinggai laa sat mai mengadap muka buku. Pun boring jugak. Bukak blog pun macam tak tau nak update apa. tapi update pi laa.. mana aa tau dapat menghilangkan bosan nie.

Sepatutnya au study tapi ntah macam malas sikit. Mid year exam lagi tiga minggu. Start sabtu nie aku nak kena pi latihan intensif untuk KAPA punya. Busy..busy.. Result aku for ujian topical nie malas nak ceqita. Bukan apa sat lagi hampa gelak. Almaklumlah..aku tak sepandai hmpa kan..

Ini semua P-O-Y-O... Macam tak berapa nak betoi pun ada. Aku sendiri pun tak tau apa aku nak update. Main type ikut sedap jari ja...

Tuesday 5 March 2013

Penat

Assalamualaikum...

Fuhh~~
Penat giler hari ni.. Sangat penat. Aku ditugaskan untuk jadi photographer untuk game bola jaring. Punya laa aku ingat game tu buat kat sekolah. Pagi tadi dengan relaxnya aku naik kelas. Tiba-tiba Humaira' main kelas aku habaq kata cepat. Bas dah nak bertolak. Aku pun pelik laa. Bas? Pastu dia habaq bukannya buat Kat sekolah tapi buat kat Kompleks Belia dan Sukan. Kalut-kalut aku capai camera. Nasib tak jatuh ka apa.. Saja laa kan kalau jatuh camera tuu maunya aku qeyau setahun. Haha...

Dah laa shoot tengah panas. Burn abih muka aku yang tak berapa nak putih ni. Dengan tak makan lagi daqi pagi. Pi sana pulak tak dak sapa nak kisah. Makan laa apa yang ada. Dengan pakai vest color hitam. Panas kowt. Tapi panas dunia jaa kan. Nanti akhirat lagi panas.

Bola jaring dapat no dua untuk zon A. Kira okay laa tu kan. Aku yang tak minat bola jaring pown boleh tumpang sekaki join sorak..Hohoho... Macam paaa giiee.. Okays... Maktab Mahmud Alor Setar vs Maktab Mahmud Langkawi. Maahad Langkawi main tangkas giler kowt. Tapi aku salute gilaa laa kat sekolah aku aka Maktab Mahmud Alor Setar sebab penyokong sikit jaa.. pown boleh dapat no dua.. Syabas diucapkan kepada MMAS...

# MMAS chaiyok...chaiyok..

Friday 1 March 2013

Friends

Assalamualaikum and salam sejahtera untuk semua..

This week gonna be minggu yang paling mneyedihkan. Why? Because kebanyakkan kawan-kawan aku nak pindah and some of them yang dah pindah. Ada jugak yang still buntu untuk memilih yang mana satu. Seriously dengaq jaa Fatin nak pindah terus meleleh ayaq mata aku. Mana taknya best friend aku kowt. Kalau boleh macam nak merayu jaa kat dia jangan pi. Tapi nk buat macam mana. Mungkin takdir dia kat sana. If this happen to you i'm sure you gonna do the same laa...kan..

Second, Dini. Entah bila tapi dia nak pindah. Aku baqu jaa qapat dengan dia. And siap plan lagi tahun depan punya merentas desa nak naik moto skali. Suddenly dengan kata nak pindah. Dua oqang kowt. Qasa, oh my god. Why? Tapi bila fikir balik mungkin depa sesuai kat sana. It's their destiny. Tak boleh nak lawan. I can only pray the goods for my friends.

Kelmarin pulak, Syerah pandai-pandai kata dia nak pindah. Plus dengan A.F nak pindah. Lagi aku qeyau sakan. I asked Nadiah sapa lagi yang nak pindah. Then dia cakap A.F. Kiqa aku okay lagi time tu. Boleh control. Aku gitau Ku'ah and Syerah and depa cakap depa tau. Pastu Syerah kata dia pun nak pindah jugak. aku tak leh kata apa dah.. Only tears jaa yang menggambarkan perasaan aku time tu..

Apa-apa pown kepada Fatin Aimi, Dini, Ahlam, Syerah and kepada smua kawan-kawan aku yang bakal berpindah, semoga hampa success kat sana. Jangan buaih sangat. Jaga nama MMAS tau.. Sayang hampaa....

# A single rose can be my garden, a single friend can be my world...

Monday 25 February 2013

Things That Can Reduce My Stress

Assalamualaikum and salam sejahtera semua..

Serasa aku lama aku tak update blgg. Last aku update pun time aku dapat result PMR. Tahun ni rasanya this is the first entry for this year. Almaklumlah busy..busy.. Busy dengan sekolah segala bagai. Homework banyak. Subjek pun bertambah. Ambik sains memang lagu tuu laa jadi nya.. Kadang-kadang stress kowt. Seqabut semua ada..

So aku ada laa benda-benda yang aku buat bila aku tengah stress. InsyaAllah kurang stress walaupun tak laa hilang. Ni untuk aku laa kalau untuk orang lain tak tau laa pulak. Sesetengah orang tak suka benda yang aku buat ni. Bagi aku yang boleh menenangkan is baca Quran. Yang tuu semua orang boleh tenang..InsyaAllah.

Then aku suka makan Cadbury. Seriously. memang kurang stress sangat. Coklat boleh menghilangkan stress dan tidak menggemukkan. Tapi jangan makan kerap sangat takut dapat kencing manis. Ya laa kan..Coklatkan manis. Kena paham tuu...

Lepas tu aku suka buat add math time aku stress. Banyak yang kata buat add math lagi bertambah stress ada laa. Tapi bagi aku buat add math lebih menenangkan. Aku akan lupa sbntar masalah aku sebab aku dok fikir macam mana nak selesaikan soalan tuu ja. Tak fikir benda lain dah..

Edit gambar and snap gambar oun boleh mengurangkan stress aku. Maybe minat aku cenderung ke arah tuu kowt. Tu yang jadi mcm tu. Aku tak tau lagi macam mana nak menghilangkan stress aku ni. Berdoa jaa laa kan.

#Teqingin nk tngoj PADA SUATU CINTA DULU. Macam best jaa....