Sunday, 26 May 2013

Demam aka Fever


Assalamualaikum.....

Hola..hello..
Whatzzup? Hampa sihat??
Aku? Aku tak sihat ar. Nak kata demam tak ar lagi cuma on the way nak demam la kowt. Problemonya laa ni esok aku ada lawatan ke CAMERON HIGHLAND. Tak tau nak buat macam mana dah. Ubat dah makan just tunggu demam kebah ar. Sekarang ni rasa sakit kepala, berat kepala, sakit-sakit badan dan letih. Nak tidoq tapi nanti lagi letih.

Aku ada laa search blog-blog lain cara-cara untuk menghilangkan demam. InsyaAllah aku akan try and aku ada terjumpa satu ni. Rasulullah bersabda bahawa demam tu berpunca daripada bahang api neraka. Dan hendaklah sejukkannya dengan air. InsyaAllah aku akan cuba.

Jika demam ni dapat menggugurkan dosa-dosa aku yang lampau aku reda. Nobody's perfect dan semua manusia ada dosa. Sakit tu dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Aku ada terbaca satu article ni yg tertulis sewaktu kita sakit Allah utuskan empat malaikat kepada kita iaitu malaikat untuk menambil selera makan, malaikat untuk mengambil rezeki, malaikat untuk mengambil kecantikan wajah dan malaikat untuk mengambil dosa.

Dan apabila seseorang tu dah sihat Allah mengutuskan malaikat untuk mengembalikan selera makannya, kecantikan wajahnya dan rezekinya tapi Allah tidak menyuruh malaikat yang mengambil dosa hambanya itu untuk mengembalikan dosa itu kembali. Allah tu kan Maha Pemurah dan Penyayang. Dan setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa. Punyalah Allah sayang terhadap hambanya sampai Allah tak kembalikan balik dosa kita.

Sebab tu bila kita sakit kita jangan merungut. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah bagi kita sakit sebab Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia. Time kita sihat ada kita ingat Dia? padahal dia yang ciptakan kita. Dia yang bagi rezeki kat kita dan dia yang berikan kesihatan kepada kita. Tapi kita lupa kat Dia sebab tu Dia bagi kita sakit sebab Dia nak kita ingat Dia.

Kita sebagai manusia kena sentiasa bermuhasabah diri. Sebab kita hanya manusia biasa yang sentiasa lupa. Akupun manusia yang sentiasa buat silap tapi kita kenalah saling ingat mengingati sesama manusia sebagai mana tercatat dalam surah Al-Asr. InsyaAllah sama-samalah kita bermuhasabah...

p/s: apa?? ingat K-poperz x boleh bagi tazkirah ekk..

1 comment: