Saturday, 22 December 2012

Result

Assalamualaikum...

Selepas tarikh 19/12/12 dan selepas jam 11.00 pagi ramai orang tanya begini..

"Amacam result?"
"Dapat berapa?"
"Staright A paa?"

Dan jawapan untuk semua soalan itu adalah.

"Aku dapat 7A2B jaa. Tak sepandai hampa. Aku biase2 je."

Sangat terkilan bila aku hanya dapat 7A2B saja. Rasa macam dunia aku dah gelap. Tapi bila aku tengok betul-betul result aku, aku macam tak percaya. Aku dapat Arabic A. Serius aku tak percaya. Kat situ jugak aku melompat. Aku aku nangis jugak. Ingatkan Arabic yang B tapi BM dengan KHB yang B.

Ramai yang kata aku ni bukan melayu paa... Sebab english aku A. Arabic aku A. Cuma BM aku kecundang. Aku rasa bersalah sebab bagi mak aku kecewa dengan result aku ni. Semuanya salah aku sebab tak usaha sungguh-sungguh.

Tapi nasib baik jugak la Science and Math aku A. Ada peluang nak masuk kelas science. Aku nak sangat masuk kelas science dan aku janji kalau aku dapat kelas Science kat maahad aku akan usaha sungguh-sungguh and aku takkan main-main lgi.

Mungkin bukan rezeki aku kowt. Try cuba SMRAMM and SPM nanti. InsyaAllah score. Aku nak buat betul-betul supaya mak aku tak kecewa lagi. Mintak-mintak laa aku dapat masuk kelas science. Aminn..
Tolong doakan aku ya...  *peace no war..

Monday, 10 December 2012

Sesak Nafas Kembali

Assalamualaikum...

Tolong!! aku sesak nafas balik. Bukan sebab aku ada asma ka apa tapi minggu dah nak ambik result PMR.
Aku tak tau laa macam mana result aku nanti. Baik ka terok kaa. Aku takut aku tak dapat macam mana yang parents aku harapkan. Aku yakin tapi aku takut aku dapat teruk. Aku confident sebab aku rasa aku dah buat sehabis baik dah.

Aku tak tau nak bayangkan macam mana kalau aku tak  dapat 9A. Aku tak tau macam mana nak berdepan dengan parents aku. Boleh ka aku diterima masuk dalam kelas sains?? Semua benda aku pikiaq. Seqabut kowt..

Tapi buat masa ni aku nak tenangkan fikiran. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau aku tak boleh time PMR aku try SPM. Walaupun terpaksa keluar dari MMAS aku akan buat tapi aku takkan lupakan maahad. Aku haqap sangat aku diterima masuk ke kelas sains and aku dapat straight A's....

Amin...

Wednesday, 5 December 2012

Delete Facebook Permanetly

Banyak orang tanya aku macam nak delete Facebook permanet. Kalau deactive boleh bukak balik. So hari tu aku selongkar mcm2 then aku dah jumpa cara macam mana nk delete FB permanently. Kalau nak ikut cara aku memang banyak tapi ak dah shortcut kan...

First of all log in hampa punya facebook. Then click SINI

Dah dpt page macam ni. Click pulak kat MANAGE YOUR ACCOUNT...


Lepas tu click kat DEACTIVE............. mcm kt gmbar atas tuu..

Buat seperti diatas.. Klik yg dlm kotak hitam tu..


Lastly click DELETE ACCOUNT. Tunggu selama 14 days kalau tak silap and then vanish forever. Done. Selamat mencuba yaw...

Wednesday, 31 October 2012

Girl+Girl

Assalamualaikum....

Perempuan couple dengan perempuan. Aku tak boleh tengok la. Ada sorang budak ni suruh ak tegur sorang budak ni. Tapi masalahnya aku tak berani la. Sat lagi dia angkut geng dia naya ak kena belasah. Seriuslah wey. Aku perempuan dan tak boleh tengok perempuan dengan perempuan.

Macam mana la aku pun tak tau yang boleh jadi lesbian ni. Macam la syok sangat. Kalau nak ikut dari segi agama memang trang tang tang benda tu haram. Nabi Muhammad SAW tak mengaku ummat. Tau dak tak mengaku ummat. Syok sangat la boleh buat bagi nabi x mengaku kata hampa tu ummat dia.

Wahai para perempuan yg tukaq jadi laki.. Taubatlah selagi pintu taubat terbuka luas untuk hampa. Aku hanya boleh menasihati. Ak haqap hampa boleh jadi lebih baik dn solehah. Tak mau ka masuk syurga?? Syurga kan best....

Wednesday, 17 October 2012

PMR Dah Habis

Hooooooooray!!!!

PMR aku dah habis semalam. Rasa macam eh?? betul ker yang PMR dah habis. Rasa macam baru ja aku duk pegang buku study. Buat teruk boleh...

Memandangkan PMR dah over kan aku nak focus on phoshoping, blogging, drawing and photographing. Kalau nak ikutkan macam-macam aku nak buat. Haha.. well you know me. Lagipun aku tetap kena pergi sekolah. Bukannya boleh duduk terperap kat rumah tanpa berbuat apa-apa. Tapi at least aku ada gak masa nak edit blog.

Orang dok tanya aku boleh tak aku dapat 9As. Aku tak tau nak jawab apa. Yang aku tau 'InsyaAllah, kalau Allah izin. Tapi kalau tak ada hikmah disebalik tu. Aku reda". Hhaha.. Kadang-kadang aku confident, kadang-kadang tak dan kadang-kadang jugak aku terover confident. Tapi aku pegang kata-kata ni 'Yakin boleh, pasti boleh". So apa yang aku perlu buat yakin je la kan. Tawakal. Yu yang penting.

Apa-apa pun study ak tak habis lagi kay. Nanti ada SPM. Time tu kena study betul-betul sebab SPM penentu hidup aku. Lepas SPM pun kena study jugak. Bukannya nak duduk goyang kaki ja. Memang sebab exam kita study tapi sebab ilmu. Ilmu penting dalam hidup. Kalau tak dak ilmu kita jadi blurrr tak tau apa-apa pun.

Saturday, 1 September 2012

Freebies #1

Freebies header yang tak lawa pun. Saja nak buat. Width-800.
Kpd sapa yang minat SS501 of course.....

http://i1097.photobucket.com/albums/g341/nurain20/SS501-DejaVuHeader.png


http://i1097.photobucket.com/albums/g341/nurain20/SS501-FighterHeader.png


http://i1097.photobucket.com/albums/g341/nurain20/SS501-LoveLikeThisHeader.png


http://i1097.photobucket.com/albums/g341/nurain20/SS501-TheOneHeader.png

Friday, 31 August 2012

Header Guna CS6

Aku install Adobe Photoshop CS6. Try nak buat header tapi dia tak la sequpa macam CS3. Kekok la sikit bila nak guna tapi macam okay. Tak la cun melecun sangat..


Tak la cun macam header blog hampa. Kami ni besa-besa ja bukan profesional..  :P

Sunday, 26 August 2012

Art

Aku bukannya artist nak ceritakan benda ni semua. Aku lukis tak berapa nak cantik pun sebenarnya but i love art so much. Bagi aku art isn't everything but everything is art. Art tak semestinya focus on drawing or painting. Even decorating is also consider as art. Maybe yang tak suka art mungkin tak akan faham apa art itu sebenarnya. Bagi aku contengan sekalipun can consider as an art.

Setakat nak lukis tu boleh la tapi aku tak terer macam Fend and K2 (sapa baca contengan jalanan mesti tau). Aku bukannya sehebat Leonardo Da Vinci yang lukis portrait Monalisa tuhh. Aku hanya sekadar mengisi masa lapang dengan malukis. Bukannya cantik pun. Setakat lukis anime and some other things. Kawan-kawan aku cakap aku ada bakat melukis. Aku pun entah ler. So lepas aku habis PMR ni aku nak masuk kelas lukisan. At least tau la jugak aku cara betul sketching.

Ada jugak yang tanya. "Nanti hang nak jadi pelukis ka?"

Aku jawab "Tak la. Tak minat aku nak jadi pelukis. Aku nak jadi architect."

"Then, siap nak masuk kelas lukisan segala bagai. Architect ja pun." So what? architect pun ada pa sangkut dengan lukisan. Bagi aku tak salah apa. Kalau kita nak jadi doctor sekali pun kalau nak masuk kelas lukisan tak salah pun.

Okay. Back to our title. Awan pun art apa. Cantik sebab ada banyak-banyak bentuk. Buat tembikar juga art. So sekeliling kita adalah art. Art hanya dapat dinilai oleh orang yang meminati art ja tapi kadang-kadang tak la. Banyak jugak orang yang does not love art but like it. Paham...


like this one yg kat atas tu. Waktu tu aku tengah tak ada mood. Tengah sakit hati tu yang jadi macam tu. hehe.. Tak lawa kan.

Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Happy eid mubarak semua.
Amacam raya kali ni, meriah? Wahhh...mesti ramai saudara-mara yang datang kan. Kalau aku tahun ni meriah sangat. Best la walaupun aku dah tak boleh kutip duit raya kagi. BTW, banyak saudara-mara aku yang balik.


Family aku.. Amacam?? Baru setengah tau. Ada lagi yang tak masuk. Apa pun hapy2 k..

Friday, 3 August 2012

Happy Birthday Kim Hyung Joon


Happy birthday oppa..

Aku sikit lagi nak lupa yang hari ni birthday Hyung Jun oppa.
Tak ada aku nak post/. Just yang ni je... I love you oppa...  

Tuesday, 31 July 2012

Boyfriend


Warghhh.... Boyfriend...

Choppp..... bukan boyfriend as teman lelaki okay. Boyfriend.. Boy band Korea. Ya Allah cutez gila.. Macam di atas adalah KwangMin merangkap rapper band itu. Sungguh comey dan cute. Erghh..bukankah itu sama. Aku suka gila kowt band ni. Dalam list aku nombor satu.

Band nie consist 0f 6 member. Dan yang menjadi buah hati pengarang jantung aku tentulah KwangMin kan. Lagu yang aku setiap hari dengaq tentulah yang aku letak kat blog aku neyh. Boyfriend-boyfriend. Kalau nak consider depa tuju kat aku pun boleh ja kan. Tapi aku tak seperasan tu ar. Macam perempuan yang perasan boyfriend tu boyfriend depa an. Erghh.. aku pun tak segila tu.

Sampai situ ja kowt. Actually boring gila neyh. Tu yang aku wat entry yang mengarut gak ni. Wakaka... Owh..Aku sakit skit la hari ni..  :)

Friday, 27 July 2012

Info Yang Salah


Kat sekolah bila nampak muka aku ja mesti K-Pop. Bila muka aku ja K-Pop. Memang la aku minat K-Pop tapi aku juga meminati band lain selain dari K-Pop. Aku juga meminati:-

1. One Direction

2. Najwa Latif

3. On/Off

Dan banyak lagi. Jangan ingat aku hanya meminati K-Pop sahaja. Tapi majoriti memang aku minat K-Pop ar.. Paling aku minat Boyfriend, B1A4, SuJu, U-Kiss dan mcm2 lgi..  :P



Thursday, 26 July 2012

Bila Bawak Handfon ke Sekolah



Hola all..
Hampa pernah dak bawak handfon pi sekolah? Ada yang pernah and ada yang tak pernah. Aku pernah bawak tapi bila ada apa-apa majlis la. Tak pernah bawak time sekolah. Gambar yang kat atas tu menunjukkan handfon yang direndam di dalam air. APa jadi kalau handfon kena rendam? of coz la rosak kan. Siap keluar buih-buih lagi.

Situasi ni lah yang jadi kat sekolah aku. Maksud aku sesiapa yang berani bawak handfon ke sekolah dan ianya akan dirampas dan akan direndam dalam ayaq time perhimpunan hari Ahad. Peraturan ni dikuatkuaskan tahun ni. Sedih kan? Memang la sedih tapi sapa suruh bawak pi sekolah. Dah sah terang lagi bersuluh dengan spotlight yang besaq kat stadium tu yang handfon tak boleh bawak ke sekolah. Rasanya semua sekolah tak boleh bawak.

Kira okay la kan sebab kat sekolah lain cikgu akan bagi balik tapi kalau kat sekolah aku say bye-bye to your phone la kalau kena rampas. Memang akan tamat riwayat handfon tu. Tak kira la mahal mana pun fon tu iphone sekalipun tetap kena rendam jugak. Nak buat macam mana sapa suruh bawak kan. Yang tu kalau handfon la tapi camera aku tak tau la pulak sebab tak pernah nampak camera kena rendam lagi. 

Bayangkan kalau ipad kena rendam memang sebulan nangis tak berlagu. Hahaha. Itulah padahnya kalau tak ikut peraturan sekolah. Macam aku kadang-kadang ada jugak la langgar tapi tak la besar. Kecik ja macam tak pakai jarum, tak lipat tudung and tak pakai petticoat. Well.. sebab tu la aku sayang sekolah aku. Sebab ia lain dari yang lain. Sekolah aku ada, sekolah hampa ada?

Tuesday, 24 July 2012

Freebies #1

Ni first aku pnya freebies.. Saja nak try buat. Header yang tak lawa pun..  :P


http://i1097.photobucket.com/albums/g341/nurain20/PinkyDinky.png


nak ambik ar....

Merokok


Hola Chingu....
Aku tau aku dah melanggar peraturan yang aku buat tentang exam tapi kepala aku dah sebu dengan info sejarah dan geografi so tak salahkan aku nak update entry untuk merelaxkan otak aku ni buat seketika. Aku ni tak sepintar Albert Einstein, tak sebijak Al-Khawrizmi dan tak sepandai Ibnu Sina nak menghafal segala jenis tu. Otak aku jga perlukan rehat sama seperti tuanya yang perlukan rehat apabila kepenatan.

Kali ni aku nak persoalkan pasal rokok. Tentu hang pa tau kan apa maksud rokok. Kalau tak tau tu memang kuno sangat la sebab orang asli pun tau rokok tu menatang apa. Rokok adalah silinder yang diperbuat daripada kertas yang berukuran panjang yang berisi tembakau. Bukan sahaja tembakau tetapi segala jenis racun.

Zaman sekarang ni aku tengok rokok dah menjadi kebiasaan pada budak-budak tambahan lagi student yang sebaya aku ni. Lima belas tahun. Tapi kan depa tak pikiaq ka yang rokok tu boleh membayakan kseihatan. Boleh memendekkan umur depa. Memang la ajal maut di tangan tuhan tapi kita sebagai manusia mestilah jaga kesihatan. Subject form 3 bab yang first kalau tak silap aku tajuk effect of smoking to our lungs mcm tu la kan ada sebut pasal kandungan rokok yang memunyai tobacco tar, carbon monoxide dan lain-lain lagi yang boleh meng'corrode'kan paru-paru kita. Siap buat eksperiment lagi kowt. Takkan tak boleh nak pikiaq pakai otak yang dukurniakan.

Tapi bulan ni kurang sikit la sebab puasa kan. Cuba kalau tak puasa lepas tusyen or sebelum tusyen mesti hisap rokok. Dan aku benci orang yang merokok. Tren sekrang ni perempuan pun dah pandai merokok. Kalau lelaki tak pa gak la ni perempuan. Hodoh gila. Biaq la muka cantik macam Ratu Balqis sekalipun kalau merokok tetap buruk. Rasanya depa ni dah rasa pahala cukup banyak sangat dah tu yang nak mati awal tu kan....

Friday, 20 July 2012

Trial PMR

Annyeong cingu...

Aku nak habaq sikit nih. Maybe ni kali terakhir untuk aku update blog ni. Kali terakhir sebelum aku PMR la. Buat sedih boleh aku ni. Kan..kan. so aku nak update entry banyak-banyak and blogwalking banyak-banyak. 5 Ogos nanti aku ada trial PMR. Walaupun ia hanya trial tapi ia amat penting bagi aku. Kenapakah???

Aku nak berjaya dalam hidup aku so aku tak boleh sentiasa mengadap laptop and update blog. That doesn't make me get what i want. So start dari sekarang aku mesti latih diri aku untuk tak online Facebook and blog.
Hwaiting...

Sayonara.....
Anyyeonghaseyo..
Bye...

Selamat Berpuasa


Gambar di atas tiada kaitan dengan entry  j. Ignore je Kwangmin yang comel tu..

Besok start puasa. Rasa cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa dan hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk aku bangun sahur. And malam ni jugalah startnya tarawikh. Sebut betul-betul bukan tawarikh. Lagi sebulan nak raya. Yeay...sapa yang tak puasa tak boleh raya. Tu mak aku cakap tapi aku tengok budak-budak yang tak puasa raya kalah aku yang puasa ni lagi. Ehh....lari tajuk la. Bukannya nak cakap pasal raya tapi puasa.

Kalau cakap pasal puasa apa yang korang terfikir. Makanan yangg banyak  waktu berbuka atau ingin mencari pahala yang banyak? Aku fikir dua-dua. Tapi tahun ni aku dah berazam nak kumpul pahala banyak-banyak. Ya la kan. Dosa aku dah bercambah. Setiap manusia ni tak lari daripada melakukan kesilapan. Allah dah janji dah siapa yang layak akan mendapat lailatul qadr. Lailatul qadr tu lebih baik daripada 1000 bulan. Bayangkan. Hanya satu malam ganjaran sama macam beribadat seribu bulan. Tapikan sebenarnya bila aku fikir-fikir balik kita ni hanya pulun nak beribadat waktu bulan puasa ja. Sebab apa? sebab nak kejar lailatul qadr.

Hishh...bagi aku kan usaha beribadat dulu kalau tak dapat pun tak apa sebab bukan senang nak buat pahala di bulan Ramadan. Bulan yang berkat. Pahala berganda. Kalau kita nak beribadan kenalah berterusan sebab kita bukannya nak kejar lailatul qadr ja tapi nak dapat keberkatan daripada Allah jugak. Kan... Waktu time ni la nak buat pahala banyak-banyak coz kurangnya gangguan tapi agak susah kalau kita x pndai jaga nafsu..

Kita jugak kena tahan nafsu kita tu. Sebab orang yang paling bagus adalah orang yang dapat menahan nafsunya. So jagalah nafsu hampa tu. And time ni jugak lah ak nak kuruskan badan..hehe... sebab berat aku dah mencapai 43 kg....eghhh.. Apa-apa ja la.. Jangan membazir waktu berbuka sebab Allah tak suka. Kita ni kan hamba Allah, kenalah buat apa yang diamanahkan. Kan......

Padat di Library

Notakepala : Entry ni bukan untuk mengumpat tapi untuk mengata....

Apakah yang dimaksudkan dengan padat?
Maksudnya adalah penuh.

Library padat?
Library penuh.

Aku tinggal di Alor Setar Kedah so aku rajin la pi Perpustakaan Awam Kedah yang berdepan dengan City Plaza. Waktu hari cuti memang ramai la kat library. Kononnya study. Kononnya la. Bila aku pi dalam pukul 12 centu tempat penuh. Aku pun....alah wey...tempat nak duduk x dak la pulak. Pas tu aku naik tingkat 2 pun x dak gak tempat.

Aku round round cari tempat kat atas tu. Mana la tau kot2 ada gak tempat yang kosong. Punya la cari tapi tak dak. Then aku pun berdiri kat sebelah rak buku tu aku usha semua tempat. Kebanyakkan sorang or dua orang duk satu meja. Kalau yang sorang tu okay gak sebab dia memang study tapi yang pi berdua nih dah ar dok sebelah-sebelah x study lak tu. Siap peluk2 n pegang tangan gi. Arghh...geramnya aku tengok. Ramai kowt yang p couple bukan untuk study. Buku yang kat depan mata tu bukannya bukak pun.

Sungguh menguji tahap kemarahan aku sungguh. Gila geram. Kut ya hangpa nak p dating pun tak payah la kat library. Buat habis oxygen dengan tempat kat library tu ja. Cuba lah perihatin sama kat orang yang macam aku ni. P dengan harapan nak study tapi tak boleh nak study sebab hangpa yang p untuk dating. Kalau nak dating p la kat City Plaza depan tu tak payah kat library. Eee....memang la hang pa ni... Ish... Ni mesti kes tipu parents tu yang date kt library. Confirm....  :P

Nota kaki : Kalau nak dating cari tempat yang strategik. N ramai orang,

Sunday, 15 July 2012

Cita-Cita

Semua manusia ada cita-cita. Rasanya tak ada manusia yang tak ada cita-cita. Tapi ada juga yang ada cita-cita dan cinta. Huh.. Apa-apa je la. Aku nak cita pasal cita-cita aku yang berlambak dari darjah satu.

Waktu umur aku tujuk tahun aku teringin sangat nak jadi polis. Sebab waktu tu aku fikir yang boleh tembak orang. Polis boleh tembak orang and then tak kena tangkap. Bila aku dah besar sikit aku fikir balik polis bukannya boleh tembak orang sesuka hati.

Darjah tiga sampai aku darjah enam aku nak sangat jadi doktor. Memang science aku usaha bagi dapat A. Aku memang minat gila Science. Tapi barulah aku sedar yang aku ni ada Haemophobia iaitu phobia akn darah. Bila aku tengok darah ja mesti rasa pening macam nak pengsan.

Masuk form one sehingga kini aku nak jadi architect. Bukan sekadar architect, aku nak jadi novelist, pelukis dan juga photographer. Banyak kan? Hahaha... Biasa la..aku.. Yang mana satu bakal tercapai pun aku tak tau. Wallahualam. Tapi yang pasti aku kena usaha dulu...

Tuesday, 10 July 2012

Jom Belajaq Loghat Kedah #1

Annyeong guys..
Hari ni aku nak jadi cikgu. Cikgu apa?? Haha... Cikgu loghat Kedah. Seriously aku boring dok study sejarah tingkatan 1 yang kerajaan agraria, maritim apa semua tu. Tiba-tiba tiba di dalm benak fikiran ak nak buat ni. Saja la kan. So.....jom la start tunggu pa gi.

Memandangkan aku asalnya dari Kedah yang aman lagi makmur ini so automatically aku memang pro la dalam dialek Kedah sbb setiap hari aku cakap macam tu. Kata ganti nama diri pun lain dari yang lain. Antaranya:-

Aku/cek - aku/saya
Hang - kau
Depa - mereka
Hang pa- kalian

Kalau nak ikut la kan ia agak sama dengan perkataan English. Contoh mcm depa-they far and awat-are what.  
Mcm tu la sedikit sebanyak. Kay nnti aku sambung lagi.. Tata...

Monday, 9 July 2012

Scrollbar Cantik

Tuto nie untuk scrollbar yang kat tepi tau. Tau kan.. Kalau tak tau search ja Mr.Google. 

Macam besa log in blog then click design. Pastu tkn ctrl+F then cari:-
]]></b:skin>
Kalau dah jumpa pastekan code kt bwh code ]]></b:skin> nie:-


::-webkit-scrollbar { width: 5px; height: 10px;}
::-webkit-scrollbar-track-piece { background: #ffffff;border: 3px solid white;}
::-webkit-scrollbar-thumb:vertical, ::-webkit-scrollbar-thumb:horizontal { background:#000000; border: 1px solid black;}
::-webkit-scrollbar-button:start:decrement,
}

Siap..Kalau x jadi comment..

Sunday, 8 July 2012

Kejadian Yang Memalukan

Kejadian yang berlaku kat sekolah tadi agak memalukan bagi aku. Bayangkan hampir satu dewan gelakkan aku kowt. Kalau setengah dewan dah ada 500 student. Bayangkanlah.. Ceritanya macam ni :-

Pagi tadi ada perhimpunan, buat kat dalam dewan. So aku yang kena duk depan sekali dalam barisan sebab pendek kurang tinggi. Then cikgu nak umur gerai terbersih semperna hari kokurikulum hari tu. Tiba-tiba gerai terbersih dapat kat Kadet Pertahanan Awam. Ustazah suruh ak yang p ambik hadiah atas pentas. Aku pun dengan bangganya pi la ambik.

Tengok-tengok hadiah hamper kemain besaq. Nak dkat sama besaq dengan aku dah. Aku boleh ja angkat sebab tak berat sangat pun. Oleh kerana kesukaran untuk mengangkat Teacher Kenanga tolong aku angkat sampai tangga tepi pentas tu. Dengan bagusnya depa gelak kat aku. Kahkahkah...

Kawan-kawan aku pun balun gelak sama. Baguih gila. Aku tak tau nak kata apa dah waktu tu. Nak tutup muka pun tak boleh dah. Agak malu la kan. Tapi nak buat macam mana. Taqdir la katakan.

Friday, 6 July 2012

Jangan Hina Pekerjaan Orang

Dalam dunia ni ada banyak jenis pekerjaan sama ada yang baik ataupun buruk. Tapi mestila kita nak pekerjaan yang baik-baik ja kan. Bila pekerjaan baik gaji yang kita dapat pun halal la kan. Okay.

Ada la kan sesetengah manusia ni suka hina pekerjaan orang. Tak tau la kan kut darjat dia tinggi melangut. Ceritanya bermula sebegini. Hari tu aku pergi satu tempat ni. Lepas tu adalah tiga orang hamba Allah yg bergelar manusia dok bersembang. Mula-mula aku tak ada niat nak dengar tapi semakin lama semakin menarik so aku curi-curi dengar. Kebetulan ada pak cik ni tengah kutip sampah. Ada ka patut diaorang kutuk pak cik tu. Kesian kowt aku tengok.

Pekerjaan kutip sampah jauh lebih mulia daripada kutuk orang. Baguih la dari manusia yang keja perabis duit mak bapak ja. At least pak cik tu usaha cari rezeki yang halal. Aku nak tegur sket ni. Aku tau la hang anak orang kaya walaupun aku tak kenal hang tapi kalau tengok tu mcm ank orang kaya. Cuba bayangkan kalau ayah hang keja macam tu hg nak kata apa. Bersyukur la wey...

Tak pun kan cuba bayangkan kalau tak ada pengutip sampah dalam dunia ni mesti sampah penuh. Kalau tak ada tukang cuci toilet mesti toilet kotor. Begitulah juga kalau tak ada engineer tak jadi la bangunan yang tersergam indah...

Wednesday, 20 June 2012

Birthday Aku

Hari ni birthday aku...
Naege saengilchuka...

Yang tu ja pun aku nak habaq. Tapi kan macam best sikit la tahun ni cause banyak orang wish. Itulah gunanya birthday waktu sekolah. BTW aku tengah menuggu hadiah from parents aku..Haha. Actually aku tak mengharapkan apa-apa pun tapi dah nak bagi ambik je la. Rezeki jangan ditolak.....


#yg tu ja aku nak kasi tau..bubye..  :P

Monday, 11 June 2012

Aku Benci Giler Dgn K-Pop

"Weeyyy.....pleaselah...aku benci sungguh dgn K-POP..."
"K-pop? ewweesss.... Tak kelaz la minat Korea. Lady Gaga is better."
"Apa kelas Korea. Gua layan English ja beb."
"Annyeonghaseyo konon. Annyeongha'sepak' mau?"
"K-Pop? Pondan-pondan tu ker?"

Oppsssyyy...jgn panas dulu K-Poperz skalian. Aku jugak mcm hang pa. Ak just nk bgitau contoh ayt yang boleh meng'alergic'kan telinga aku. Apa-apa pun aku tamau cari masalah dengan K-Pop Haters. Aku just nak bagi tau yang tak yah la nak hina kpop. Ak tau bnda ni dah lama jadi and ak bukan nak ungkit kisah lama. Bukan apa ada la kan baru2 ni kan ada budak ni kan cari pasai dengan mngatakan bahawa 'k-pop like shit'. Aku sabaq lagi tapi bila dia kata k-pop fans pun mcm shit aku angin la. Kot ya pun benci tahap mega tak la sampai kami (that mean ak+kpopers) pun hg nak samakan dengan 'SHIT'. Tak pun hang tak tau shit tu mnatang apa huh?

Lagipun kpop tak kacau hampa kan.. Kpop x pnah mengata kat hampa kan so kenapa hmpa mesti kata kt depa. Kpop tak pnah mengutuk hampa so mestika hampa kutuk depa. Pikiaq la wey. Tak rasa ka kalau buat macam tu mcm tak dak adab. Kalau dilihatkan Melayu ni baik and sopan santun. Hormat menghormati. Bukannya dengan mengutuk dan mencaci. Kita sebagai bangsa Melayu mestila mengamalkan sikap tu.

Kita ni orang islam. Aku faham depa tu kafir tapi Islam tak mengajar kita untuk menghina satu sama lain walaupun tak sama agama. Cnthnya kalau orang tu hina Islam. Nabi pun tak bagi kita hina balik ni apatah lagi depa tak buat apa-apa pun lebih-lebih lagi depa tak menghina pun agama Islam. Hampa dok hina depa tiba-tiba Allah bagi hidayah kat depa untuk masuk Islam. Hampa nak kata pa? Nak kata jangan. Tak dak apa yang mustahil di sisi Allah la.

Senang cakap macam ni la... Nak minat Kpop boleh aih tapi jangan MELEBIH. Over mcm nak gila. Berpada-pada cukup ar. Aku pun minat K-pop la. Tambah gi Eli, Kwang Min, Jae Jin, Hyung Joon Young Min, Min Woo dan banyak lagi. Kalau nak list memang panjang. Akhir kalam, walau terok mana pun depa kita tak dak hak nak hina n kutuk depa. Depa pun makhluk ciptaan Allah macam kita cuba agama ja lain...

And for kpop fans kalau depa nak kata kt kpop biarkan ja. Lagi kita berbalas dengan depa lagi la depa best. Syok la sgt dapat bagi kita naik angin. Kalau kita maki depa balik kita sama taraf ja macam depa. Baik diamkan diri. Depa saja nk dapatkan publisiti MURAHAN and nk bagi kita marah. Bajet mcm best sgt la...

#aku hanya bagi pendapat aku bukan untuk membela sapa2 walaupun aku agak menyebelahi K-pop..
#depa-diaorang (kut la ada yg tak faham loghat kedah ak ni).
#hampa/hang pa-korang





Friday, 8 June 2012

June

Arghhh.....
Sudah bulan June tapi aku macam tak sedia lagi nak hadapi PMR.
Lagu mana ni....
Haila....
Study...jgn x study....



#yg tu ja pun ak nk habaq...

Saturday, 2 June 2012

Blogging #1

Annyeonghaseyo readers yang cute belaka..

Lama dah aku tak update blog yang dah bersawang dgn warna yang mcm2 ni kan. Bukannya aku tahun ni aku akan jadi teramat busy sbb nak kena study for PMR. Nak update sebulan sekali pun x sempat. Duk sat ja depan laptop dah kna pot pet pot pet... K..sorry mom.

Tak ada tajuk untuk entry kali ni so aku akan tulis ikut suka hati tangan aku je la. Lawa tak header baru aku tu? Tak kan. Buruk aje. Tapi oleh kerana ada gambar Eli ia mencomelkan lagi header aku yang buruk. Tak salahkan aku minat Eli TAPI Hyung Joon tetap di hati. Takkan dilupakan. Saja ja nak ubah angin letak gambar Eli. Smart apa.

Sekarang ni cuti penggal tapi kerja kursus aku masih tak siap lagi. Geografi siap tapi ada yang nak kena edit skit. Sejarah seriously tak tau nak buat apa tapi hopefully dapat siapkan sebelum bukak sekolah la. Apa-apa pun aku kena usaha la. Tak boleh nak duk saja macam dulu dah. Lepas PMR ni buat la apa aku nak buat.

Aku ingat nak edit blog tapi boring la pulak. Kalau nak edit mesti kena duk lama-lama tapi nak duk lama-lama cenna duk sat pun dah kena. Tapi kan aku tak faham la dengan manusia zaman sekarang ni. Macam-macam la kan. Ermm...abaikan

Yang tu ja kut aku tulis hari ni. Tak tau la bila lagi aku boleh update.

Wednesday, 14 March 2012

Tukar Warna Rambut Guna GIMP

Kalau hang pa nak tukar hang pa punya warna rambut tak payah buh dye smata-smata nk tangkap gambar. Senang-senang pakai GIMP atau Photoshop. Tpi kali ni aku pakai GIMP.

Mula2 open gambar yang korang nak edit. 

Zoom kan sket kalau gambar tu kecik mcm gmbr yg kat atas ni.

Then, clicki FREE SELECT TOOL. Selectkan rambut dia. Only rambut. 

Dia akan jadi mcm gmbr kat atas tu. Akn jadi dot...dot... Lps tu click COLOR and pick COLORIZE.

Ia akn naik mcm nie. Korang pilih la nak warna apa then click okay.

Then click SELECT choose NONE untuk menghilangkan dot...dot...tu.

Jadilah mcm nie... okay..slamat mencuba..kalau x fhm jgn segan2 nak komen. nnti ak akan upload versi video pulak..


Wednesday, 7 March 2012

Budak Form One


Aku nak cakap sikit about student form one kat sekolah aku.
Bukan aku nak kata la kan tapi dah memang hakikatnya. Aku mengaku semua student form one tahun ni cute-cute dan baik-baik belaka. Tapi ada setengah tu KURANG AJAR.
Memang yg tu lah realitinya. 
Ada SETENGAH student kan...depa ni tak reti nak hormat orang yang dewasa dari depa tau dak. Dengan budak form 3 boleh cakap "weyh, hang kan bla..bla...bla". Tak tau nak hormat kah??
Kecuali sorang ja student form 1 boleh ckp ber'aku-hang dengan aku. Ada sorng budak nie. Dia baik dengan aku and lagi satu kalau tengok dia memang tak jangka dia student form 1. Aku waktu first2 tengok dia ingat budak form 4. Dengan dia memang cakap aku-hang. Yang tu aku tak qesah langsung. Tapi dengan yang aku tak kenal memang sorry to say la kalau dia ckp aku-hang memang kena fire free dengan aku. Tau la aku tak nampak macam student form 3 pun. Gila sakit hati budak yang macam tu.
Tapi kebanyakkannya okay dah...

Saturday, 3 March 2012

Change Eye Color Using GIMP(video)

Tuto sejak zaman bila aku bru nak upload. Kali ni ak buat video version. Tak payah nak type banyak-banyak dah.. Lepas ni kebanyakkan tuto dalam versi video..

video

Selamat mecuba..

Thursday, 1 March 2012

Gila Tak Seram

Assalamualaikum readers..

Oleh kerana aku dah tak update blog nie lama dah asyik dok update blog yang satu lagi tu ja tangan aku malam ni rajin sket so aku post ler satu entry. Berkaitan dengan aku kat sekolah pagi tadi pukul 6.30 pagi bukan petang. Biasalah aku selalu pi sekolah awal pagi. Actually terpaksa. Ayah aku kena keluar dari rumah pkul 6.30 sebab dia kn kerja kat Maktab Mahmud Padang Terap so sekali dengan aku awal.

Okay...back to our topic. Macam biasa sampai ja kat pintu pagar MMAS aku akan terus masuk kelas. Tapi ditakdirkan pagi tadi bangunan block G blackout. Dari kelmarin lagi. Entah pasaipa. Aku kan 'berani' so aku tak jadi nak masuk kelas. Aku ingat nak lepak-lepak kat kantin sat smntara nak tunggu langit cerah. Suddenly, aku nmpak ada sorang student jalan masuk dalam kelas. Aku pun jadi berani la sket sebab aku ingat ada orang dalam kelas tu. Dengan gumbiranya aku masuk dalam kelas ingat nak tegur la 'budak' tu. Tengok-tengok kelas kosong ja. Tak dak sapa. Lepas tu tiba2 ja rasa meremang.

Aku letak beg kat tempat aku lpas tu aku blah duk kat pondok dekat dengan block G and kantin. Memang dalam hati dok ulang baca ayat kursi berapa juta kali pun tatau. Kali kedua aku kena mcm ni. First time aku kena waktu aku duk kat kem. Yang pasai tu lain entry aku cerita kay.. Mengantuk la pulak..

Goodnight everyone....

Saturday, 11 February 2012

Double Underline

Tuto kali ni adalah untuk menghilangkan kebosanan yang sedang melanda jiwa..
Mesti korang tahu apa itu Double Underline kan?
So this is the tuto..

First of all lepas sign in click Design, Edit HTML and jgn lupa tick Expand widget Template.
After that cari code bawah ni
/* Header
 Pastkan code ni kat atas code tadi:


u {
text-decoration:underline;
border-bottom: 2px dotted #00000;
padding: 0px;
}

The end...
slamat mencuba...

Thursday, 2 February 2012

Ngantuk

Weyh...
Aku mengantuk awal la malam ni.
Online Fb and blogging sambil tengok Nutcraker.
Best la walaupun ianya untuk budak2.
Letih pun ada gak.
Hurm...
Tido...

Saturday, 21 January 2012

PMR

Penilaian Menengah Rendah...
Bila fikir balik arhhhhh tidak..
Tak sangka aku dah mencecah 1 setengah dekad aka 15 tahun.
Besar dah rupanya Minina Kinura ni yer.
Tapi perangai macam budak2 lagi..
Ermm..tak la sangat.
So sekarang ni aku akan fokus untuk study ajer.
Tak nak fikir benda2 lain yang tak perlu.
Lepas tu baru aku nak fikir ke mana arah tuju.
Adakah aku akan meninggalkan Maktab Makmud Alor Setar atau aku akan stay.
Seriously aku rasa sayang sangat nak tinggalkan MMAS.
Tapi bila fikir balik baik aku pindah cause nama aku dah 'kotor' kat MMAS.
Aku ni agak bermasalah la jugak tapi tak la teruk.
Aku masih lagi tau mana halal dan mana haram.
Oleh kerana satu benda ia berkait dengan bermacam-macam dan aku tak sanggup lagi dah nak berdepan..

Saturday, 14 January 2012

Hah??

Adik aku cakap 
"Kak, kat luar ada itik."

Aku dengar mcm
"Kak, kat luar ada Lee Teuk."

aku pun teruslah mengahadap adik aku untuk kepastian..
rupa-rupanya telinga aku yang trouble.
almaklumlah waktu tu tgh dengar lagu.

hahahahaha....