Tuesday 31 July 2012

Boyfriend


Warghhh.... Boyfriend...

Choppp..... bukan boyfriend as teman lelaki okay. Boyfriend.. Boy band Korea. Ya Allah cutez gila.. Macam di atas adalah KwangMin merangkap rapper band itu. Sungguh comey dan cute. Erghh..bukankah itu sama. Aku suka gila kowt band ni. Dalam list aku nombor satu.

Band nie consist 0f 6 member. Dan yang menjadi buah hati pengarang jantung aku tentulah KwangMin kan. Lagu yang aku setiap hari dengaq tentulah yang aku letak kat blog aku neyh. Boyfriend-boyfriend. Kalau nak consider depa tuju kat aku pun boleh ja kan. Tapi aku tak seperasan tu ar. Macam perempuan yang perasan boyfriend tu boyfriend depa an. Erghh.. aku pun tak segila tu.

Sampai situ ja kowt. Actually boring gila neyh. Tu yang aku wat entry yang mengarut gak ni. Wakaka... Owh..Aku sakit skit la hari ni..  :)

Friday 27 July 2012

Info Yang Salah


Kat sekolah bila nampak muka aku ja mesti K-Pop. Bila muka aku ja K-Pop. Memang la aku minat K-Pop tapi aku juga meminati band lain selain dari K-Pop. Aku juga meminati:-

1. One Direction

2. Najwa Latif

3. On/Off

Dan banyak lagi. Jangan ingat aku hanya meminati K-Pop sahaja. Tapi majoriti memang aku minat K-Pop ar.. Paling aku minat Boyfriend, B1A4, SuJu, U-Kiss dan mcm2 lgi..  :P



Thursday 26 July 2012

Bila Bawak Handfon ke Sekolah



Hola all..
Hampa pernah dak bawak handfon pi sekolah? Ada yang pernah and ada yang tak pernah. Aku pernah bawak tapi bila ada apa-apa majlis la. Tak pernah bawak time sekolah. Gambar yang kat atas tu menunjukkan handfon yang direndam di dalam air. APa jadi kalau handfon kena rendam? of coz la rosak kan. Siap keluar buih-buih lagi.

Situasi ni lah yang jadi kat sekolah aku. Maksud aku sesiapa yang berani bawak handfon ke sekolah dan ianya akan dirampas dan akan direndam dalam ayaq time perhimpunan hari Ahad. Peraturan ni dikuatkuaskan tahun ni. Sedih kan? Memang la sedih tapi sapa suruh bawak pi sekolah. Dah sah terang lagi bersuluh dengan spotlight yang besaq kat stadium tu yang handfon tak boleh bawak ke sekolah. Rasanya semua sekolah tak boleh bawak.

Kira okay la kan sebab kat sekolah lain cikgu akan bagi balik tapi kalau kat sekolah aku say bye-bye to your phone la kalau kena rampas. Memang akan tamat riwayat handfon tu. Tak kira la mahal mana pun fon tu iphone sekalipun tetap kena rendam jugak. Nak buat macam mana sapa suruh bawak kan. Yang tu kalau handfon la tapi camera aku tak tau la pulak sebab tak pernah nampak camera kena rendam lagi. 

Bayangkan kalau ipad kena rendam memang sebulan nangis tak berlagu. Hahaha. Itulah padahnya kalau tak ikut peraturan sekolah. Macam aku kadang-kadang ada jugak la langgar tapi tak la besar. Kecik ja macam tak pakai jarum, tak lipat tudung and tak pakai petticoat. Well.. sebab tu la aku sayang sekolah aku. Sebab ia lain dari yang lain. Sekolah aku ada, sekolah hampa ada?

Tuesday 24 July 2012

Freebies #1

Ni first aku pnya freebies.. Saja nak try buat. Header yang tak lawa pun..  :P


http://i1097.photobucket.com/albums/g341/nurain20/PinkyDinky.png


nak ambik ar....

Merokok


Hola Chingu....
Aku tau aku dah melanggar peraturan yang aku buat tentang exam tapi kepala aku dah sebu dengan info sejarah dan geografi so tak salahkan aku nak update entry untuk merelaxkan otak aku ni buat seketika. Aku ni tak sepintar Albert Einstein, tak sebijak Al-Khawrizmi dan tak sepandai Ibnu Sina nak menghafal segala jenis tu. Otak aku jga perlukan rehat sama seperti tuanya yang perlukan rehat apabila kepenatan.

Kali ni aku nak persoalkan pasal rokok. Tentu hang pa tau kan apa maksud rokok. Kalau tak tau tu memang kuno sangat la sebab orang asli pun tau rokok tu menatang apa. Rokok adalah silinder yang diperbuat daripada kertas yang berukuran panjang yang berisi tembakau. Bukan sahaja tembakau tetapi segala jenis racun.

Zaman sekarang ni aku tengok rokok dah menjadi kebiasaan pada budak-budak tambahan lagi student yang sebaya aku ni. Lima belas tahun. Tapi kan depa tak pikiaq ka yang rokok tu boleh membayakan kseihatan. Boleh memendekkan umur depa. Memang la ajal maut di tangan tuhan tapi kita sebagai manusia mestilah jaga kesihatan. Subject form 3 bab yang first kalau tak silap aku tajuk effect of smoking to our lungs mcm tu la kan ada sebut pasal kandungan rokok yang memunyai tobacco tar, carbon monoxide dan lain-lain lagi yang boleh meng'corrode'kan paru-paru kita. Siap buat eksperiment lagi kowt. Takkan tak boleh nak pikiaq pakai otak yang dukurniakan.

Tapi bulan ni kurang sikit la sebab puasa kan. Cuba kalau tak puasa lepas tusyen or sebelum tusyen mesti hisap rokok. Dan aku benci orang yang merokok. Tren sekrang ni perempuan pun dah pandai merokok. Kalau lelaki tak pa gak la ni perempuan. Hodoh gila. Biaq la muka cantik macam Ratu Balqis sekalipun kalau merokok tetap buruk. Rasanya depa ni dah rasa pahala cukup banyak sangat dah tu yang nak mati awal tu kan....

Friday 20 July 2012

Trial PMR

Annyeong cingu...

Aku nak habaq sikit nih. Maybe ni kali terakhir untuk aku update blog ni. Kali terakhir sebelum aku PMR la. Buat sedih boleh aku ni. Kan..kan. so aku nak update entry banyak-banyak and blogwalking banyak-banyak. 5 Ogos nanti aku ada trial PMR. Walaupun ia hanya trial tapi ia amat penting bagi aku. Kenapakah???

Aku nak berjaya dalam hidup aku so aku tak boleh sentiasa mengadap laptop and update blog. That doesn't make me get what i want. So start dari sekarang aku mesti latih diri aku untuk tak online Facebook and blog.
Hwaiting...

Sayonara.....
Anyyeonghaseyo..
Bye...

Selamat Berpuasa


Gambar di atas tiada kaitan dengan entry  j. Ignore je Kwangmin yang comel tu..

Besok start puasa. Rasa cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa dan hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk aku bangun sahur. And malam ni jugalah startnya tarawikh. Sebut betul-betul bukan tawarikh. Lagi sebulan nak raya. Yeay...sapa yang tak puasa tak boleh raya. Tu mak aku cakap tapi aku tengok budak-budak yang tak puasa raya kalah aku yang puasa ni lagi. Ehh....lari tajuk la. Bukannya nak cakap pasal raya tapi puasa.

Kalau cakap pasal puasa apa yang korang terfikir. Makanan yangg banyak  waktu berbuka atau ingin mencari pahala yang banyak? Aku fikir dua-dua. Tapi tahun ni aku dah berazam nak kumpul pahala banyak-banyak. Ya la kan. Dosa aku dah bercambah. Setiap manusia ni tak lari daripada melakukan kesilapan. Allah dah janji dah siapa yang layak akan mendapat lailatul qadr. Lailatul qadr tu lebih baik daripada 1000 bulan. Bayangkan. Hanya satu malam ganjaran sama macam beribadat seribu bulan. Tapikan sebenarnya bila aku fikir-fikir balik kita ni hanya pulun nak beribadat waktu bulan puasa ja. Sebab apa? sebab nak kejar lailatul qadr.

Hishh...bagi aku kan usaha beribadat dulu kalau tak dapat pun tak apa sebab bukan senang nak buat pahala di bulan Ramadan. Bulan yang berkat. Pahala berganda. Kalau kita nak beribadan kenalah berterusan sebab kita bukannya nak kejar lailatul qadr ja tapi nak dapat keberkatan daripada Allah jugak. Kan... Waktu time ni la nak buat pahala banyak-banyak coz kurangnya gangguan tapi agak susah kalau kita x pndai jaga nafsu..

Kita jugak kena tahan nafsu kita tu. Sebab orang yang paling bagus adalah orang yang dapat menahan nafsunya. So jagalah nafsu hampa tu. And time ni jugak lah ak nak kuruskan badan..hehe... sebab berat aku dah mencapai 43 kg....eghhh.. Apa-apa ja la.. Jangan membazir waktu berbuka sebab Allah tak suka. Kita ni kan hamba Allah, kenalah buat apa yang diamanahkan. Kan......

Padat di Library

Notakepala : Entry ni bukan untuk mengumpat tapi untuk mengata....

Apakah yang dimaksudkan dengan padat?
Maksudnya adalah penuh.

Library padat?
Library penuh.

Aku tinggal di Alor Setar Kedah so aku rajin la pi Perpustakaan Awam Kedah yang berdepan dengan City Plaza. Waktu hari cuti memang ramai la kat library. Kononnya study. Kononnya la. Bila aku pi dalam pukul 12 centu tempat penuh. Aku pun....alah wey...tempat nak duduk x dak la pulak. Pas tu aku naik tingkat 2 pun x dak gak tempat.

Aku round round cari tempat kat atas tu. Mana la tau kot2 ada gak tempat yang kosong. Punya la cari tapi tak dak. Then aku pun berdiri kat sebelah rak buku tu aku usha semua tempat. Kebanyakkan sorang or dua orang duk satu meja. Kalau yang sorang tu okay gak sebab dia memang study tapi yang pi berdua nih dah ar dok sebelah-sebelah x study lak tu. Siap peluk2 n pegang tangan gi. Arghh...geramnya aku tengok. Ramai kowt yang p couple bukan untuk study. Buku yang kat depan mata tu bukannya bukak pun.

Sungguh menguji tahap kemarahan aku sungguh. Gila geram. Kut ya hangpa nak p dating pun tak payah la kat library. Buat habis oxygen dengan tempat kat library tu ja. Cuba lah perihatin sama kat orang yang macam aku ni. P dengan harapan nak study tapi tak boleh nak study sebab hangpa yang p untuk dating. Kalau nak dating p la kat City Plaza depan tu tak payah kat library. Eee....memang la hang pa ni... Ish... Ni mesti kes tipu parents tu yang date kt library. Confirm....  :P

Nota kaki : Kalau nak dating cari tempat yang strategik. N ramai orang,

Sunday 15 July 2012

Cita-Cita

Semua manusia ada cita-cita. Rasanya tak ada manusia yang tak ada cita-cita. Tapi ada juga yang ada cita-cita dan cinta. Huh.. Apa-apa je la. Aku nak cita pasal cita-cita aku yang berlambak dari darjah satu.

Waktu umur aku tujuk tahun aku teringin sangat nak jadi polis. Sebab waktu tu aku fikir yang boleh tembak orang. Polis boleh tembak orang and then tak kena tangkap. Bila aku dah besar sikit aku fikir balik polis bukannya boleh tembak orang sesuka hati.

Darjah tiga sampai aku darjah enam aku nak sangat jadi doktor. Memang science aku usaha bagi dapat A. Aku memang minat gila Science. Tapi barulah aku sedar yang aku ni ada Haemophobia iaitu phobia akn darah. Bila aku tengok darah ja mesti rasa pening macam nak pengsan.

Masuk form one sehingga kini aku nak jadi architect. Bukan sekadar architect, aku nak jadi novelist, pelukis dan juga photographer. Banyak kan? Hahaha... Biasa la..aku.. Yang mana satu bakal tercapai pun aku tak tau. Wallahualam. Tapi yang pasti aku kena usaha dulu...

Tuesday 10 July 2012

Jom Belajaq Loghat Kedah #1

Annyeong guys..
Hari ni aku nak jadi cikgu. Cikgu apa?? Haha... Cikgu loghat Kedah. Seriously aku boring dok study sejarah tingkatan 1 yang kerajaan agraria, maritim apa semua tu. Tiba-tiba tiba di dalm benak fikiran ak nak buat ni. Saja la kan. So.....jom la start tunggu pa gi.

Memandangkan aku asalnya dari Kedah yang aman lagi makmur ini so automatically aku memang pro la dalam dialek Kedah sbb setiap hari aku cakap macam tu. Kata ganti nama diri pun lain dari yang lain. Antaranya:-

Aku/cek - aku/saya
Hang - kau
Depa - mereka
Hang pa- kalian

Kalau nak ikut la kan ia agak sama dengan perkataan English. Contoh mcm depa-they far and awat-are what.  
Mcm tu la sedikit sebanyak. Kay nnti aku sambung lagi.. Tata...

Monday 9 July 2012

Scrollbar Cantik

Tuto nie untuk scrollbar yang kat tepi tau. Tau kan.. Kalau tak tau search ja Mr.Google. 

Macam besa log in blog then click design. Pastu tkn ctrl+F then cari:-
]]></b:skin>
Kalau dah jumpa pastekan code kt bwh code ]]></b:skin> nie:-


::-webkit-scrollbar { width: 5px; height: 10px;}
::-webkit-scrollbar-track-piece { background: #ffffff;border: 3px solid white;}
::-webkit-scrollbar-thumb:vertical, ::-webkit-scrollbar-thumb:horizontal { background:#000000; border: 1px solid black;}
::-webkit-scrollbar-button:start:decrement,
}

Siap..Kalau x jadi comment..

Sunday 8 July 2012

Kejadian Yang Memalukan

Kejadian yang berlaku kat sekolah tadi agak memalukan bagi aku. Bayangkan hampir satu dewan gelakkan aku kowt. Kalau setengah dewan dah ada 500 student. Bayangkanlah.. Ceritanya macam ni :-

Pagi tadi ada perhimpunan, buat kat dalam dewan. So aku yang kena duk depan sekali dalam barisan sebab pendek kurang tinggi. Then cikgu nak umur gerai terbersih semperna hari kokurikulum hari tu. Tiba-tiba gerai terbersih dapat kat Kadet Pertahanan Awam. Ustazah suruh ak yang p ambik hadiah atas pentas. Aku pun dengan bangganya pi la ambik.

Tengok-tengok hadiah hamper kemain besaq. Nak dkat sama besaq dengan aku dah. Aku boleh ja angkat sebab tak berat sangat pun. Oleh kerana kesukaran untuk mengangkat Teacher Kenanga tolong aku angkat sampai tangga tepi pentas tu. Dengan bagusnya depa gelak kat aku. Kahkahkah...

Kawan-kawan aku pun balun gelak sama. Baguih gila. Aku tak tau nak kata apa dah waktu tu. Nak tutup muka pun tak boleh dah. Agak malu la kan. Tapi nak buat macam mana. Taqdir la katakan.

Friday 6 July 2012

Jangan Hina Pekerjaan Orang

Dalam dunia ni ada banyak jenis pekerjaan sama ada yang baik ataupun buruk. Tapi mestila kita nak pekerjaan yang baik-baik ja kan. Bila pekerjaan baik gaji yang kita dapat pun halal la kan. Okay.

Ada la kan sesetengah manusia ni suka hina pekerjaan orang. Tak tau la kan kut darjat dia tinggi melangut. Ceritanya bermula sebegini. Hari tu aku pergi satu tempat ni. Lepas tu adalah tiga orang hamba Allah yg bergelar manusia dok bersembang. Mula-mula aku tak ada niat nak dengar tapi semakin lama semakin menarik so aku curi-curi dengar. Kebetulan ada pak cik ni tengah kutip sampah. Ada ka patut diaorang kutuk pak cik tu. Kesian kowt aku tengok.

Pekerjaan kutip sampah jauh lebih mulia daripada kutuk orang. Baguih la dari manusia yang keja perabis duit mak bapak ja. At least pak cik tu usaha cari rezeki yang halal. Aku nak tegur sket ni. Aku tau la hang anak orang kaya walaupun aku tak kenal hang tapi kalau tengok tu mcm ank orang kaya. Cuba bayangkan kalau ayah hang keja macam tu hg nak kata apa. Bersyukur la wey...

Tak pun kan cuba bayangkan kalau tak ada pengutip sampah dalam dunia ni mesti sampah penuh. Kalau tak ada tukang cuci toilet mesti toilet kotor. Begitulah juga kalau tak ada engineer tak jadi la bangunan yang tersergam indah...