Thursday 1 March 2012

Gila Tak Seram

Assalamualaikum readers..

Oleh kerana aku dah tak update blog nie lama dah asyik dok update blog yang satu lagi tu ja tangan aku malam ni rajin sket so aku post ler satu entry. Berkaitan dengan aku kat sekolah pagi tadi pukul 6.30 pagi bukan petang. Biasalah aku selalu pi sekolah awal pagi. Actually terpaksa. Ayah aku kena keluar dari rumah pkul 6.30 sebab dia kn kerja kat Maktab Mahmud Padang Terap so sekali dengan aku awal.

Okay...back to our topic. Macam biasa sampai ja kat pintu pagar MMAS aku akan terus masuk kelas. Tapi ditakdirkan pagi tadi bangunan block G blackout. Dari kelmarin lagi. Entah pasaipa. Aku kan 'berani' so aku tak jadi nak masuk kelas. Aku ingat nak lepak-lepak kat kantin sat smntara nak tunggu langit cerah. Suddenly, aku nmpak ada sorang student jalan masuk dalam kelas. Aku pun jadi berani la sket sebab aku ingat ada orang dalam kelas tu. Dengan gumbiranya aku masuk dalam kelas ingat nak tegur la 'budak' tu. Tengok-tengok kelas kosong ja. Tak dak sapa. Lepas tu tiba2 ja rasa meremang.

Aku letak beg kat tempat aku lpas tu aku blah duk kat pondok dekat dengan block G and kantin. Memang dalam hati dok ulang baca ayat kursi berapa juta kali pun tatau. Kali kedua aku kena mcm ni. First time aku kena waktu aku duk kat kem. Yang pasai tu lain entry aku cerita kay.. Mengantuk la pulak..

Goodnight everyone....

1 comment:

  1. oh ye,kadang2 memang selalu jadi benda macam i,tak tahulah sebab benda tu memang atau kita sendiri yang neves sangat smpi terbayang bukan2,,
    chill :D

    ReplyDelete